Monday, February 3, 2014

BOLA SEPAK MALAYSIA : KE MANA ARAH TUJU??

KUALA LUMPUR - Kemelut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sejak akhir-akhir ini boleh diselesaikan secara baik menerusi meja rundingan.
Ini kerana peranan kedua-duanya penting dalam menentukan hala tuju bola sepak Malaysia.
Pensyarah Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad berkata, sebagai menteri dan kerajaan, Khairy berhak untuk menyuarakan pandangannya.
Katanya, FAM juga pada masa yang sama mempunyai kebebasan bagi meluahkan rasa tidak puas hati, namun persoalannya sampai bila suasana 'tegang' ini mahu berterusan.
Tambah Sheikh Kamaruddin, sewajarnya kedua pihak duduk semeja bersama pakar-pakar sukan di negara ini membincangkan cara terbaik memperkasakan sukan bola sepak negara.
"Idea bagi mempertingkatkan bola sepak amat diperlukan kerana kita tidak mahu sukan ini merosot.
"Bagi saya Menteri Belia dan Sukan mempunyai kuasa untuk memberikan teguran kerana apabila pasukan bola sepak beraksi di pentas antarabangsa mereka tidak membawa nama mana-mana individu tetapi membawa nama Malaysia.
"Pada masa yang sama juga pihak pengurusan FAM perlu lebih cemerlang dalam menjalankan tugas mereka kerana pengurusan yang baik mampu mempertingkatkan kualiti sesuatu sukan yang ada," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Kelmarin, Khairy secara terbuka memberitahu bahawa beliau sudah bosan dengan FAM yang disifatkan tidak boleh menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak.
Sementara itu, Sheikh Kamaruddin yang juga bekas Pengerusi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan berpendapat, terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan oleh FAM jika mahu meningkatkan kualiti bola sepak di negara ini.
"Antara yang wajar diberikan perhatian serius oleh FAM ketika ini ialah melibatkan aspek kejurulatihan. Di sini saya maksudkan jurulatih bukan sahaja perlu mahir dalam merencana corak permainan tetapi harus menguasai pengetahuan sains sukan.
"Dalam masa sama juga FAM perlu menilai kembali keputusan membawa masuk pemain import di negara ini adakah banyak membantu meningkatkan kualiti pemain kita atau sekadar mahu menggalakkan orang ramai ke stadium," ujar Sheikh Kamaruddin.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sukan/20131111/su_02/Meja-rundingan-jalan-terbaik-atasi-kemelut#ixzz2sGqxBIDi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, April 13, 2012

kemelut FAM

bila le FAM ni nak maju asyik menghukum orang sajae..lebih baik senua letak jawatan ganti dengan pwmimpin bola SEPAK YANG BENAR-BENAR BERKALIBER SAHAJA..

Friday, June 13, 2008

KRISIS DAN KEKANGAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA

Pada masa ini rakyat Malaysia menghadapi ujian getir dalam kehidupan di bumi bertuah ini. Isu demi isu yang timbul dan tidak pernah selesai. Di bawah ini saya senaraikan isu-isu yang dihadapi oleh kita rakyat Malaysia yang perlu kita hadapi dan tak pernah dapat diselesaikan

1. Isu harga minyak
2. Kenaikan harga barang
3.Kekurangan dan kanaikan harga beras/makanan utama negara kita
4.Masalah jenayah yang semakin meningkat- rompakan, kecurian, ragut, pecah rumah , rogol
5. Kehilangan anak-anak kecil/anak kecil tidak selamat lagi
6.Kejadian bunuh yang menjadi-jadi dan semakin kejam
7.Pemimpin rasuah secara besar-besaran
8.Kakitangan kerajaan juga rasuah secara berleluasa
9.Pendatang tanpa izin yang semakin bermaharajalela/membanjiiri negara kitatanpa rasa takut
10. Pelbagai kaum membuat tuntutan untuk kepentingan kaum masing-masing secara lantang dan terbuka(tidak berlaku sebelum ini)
11. Pelbagai negeri membuat tuntutan untuk negeri masing-masing secara terbuka dan lantang(Juga tidak berlaku sebelum ini)
12. Isi air dengan singapura tidak pernah selesai/masih jual air dengan harga murah kepada singapura
13. Isu pencerobohan ruang udara oleh singapura
14. Masalah pengangguran semakin meningkat/semakin ramai siswazah menganggur
15. Perebutan kuasa di antara pemimpin-pemimpin

Isu-isu yang saya senaraikan di atas adalah isu-isu besar yang terlibat secara langsung dengan semua rakyat Malaysia. Ini tidak diambil kira isu-isu yang melanda kumpulan-kumpulan kecil seperti kumpulan peniaga kecil, kumpulan pekerja kontrak, pekerja ladang dll.

Jadi bagaimana kita menghadapi isu-isu ini. Apakah kita hanya melihat dan berdiam diri. Apa peranan kita. Jika sikap itu yang kita ambil lama-kelamaan masalah-masalah tersebut akan melanda diri kita. Jika kita terlepas daripada masalah itu sekarang kerana tidak melibat kita secara langsung, maka anak cucu kita tidak akan terlepas menghadapinya. Bagaimana masa depan negara ini untuk anak cucu kita nanti.

Janganlah hanya buat masa ini isu-isu ini tidak melibatkan kita, kita hanya bergoyang kaki sahaja . Ahh biarlah mereka, jangan melibatkan aku sudah...jika itu yang anda fikirkan anda silap. Ini kerana semuanya akan berkait dengan kita dan anak cucu kita. Bagaimana nasib anak-anak kita dengan keadaan negara yang sebegini pada hari ini?
Sama-sama kita fikirkan

Tuesday, March 4, 2008

MARI KITA BERBICARA

Blog ini disediakan sebagai wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan idea. Sama-sama membina minda dengan perkara-perkara yang baik. Sama-sama berfikir untuk kebaikan dan sama-sama meningkatkan tahap darjat sebagai manusia. Manusia hendaklah berfikiran matang, bertimbang rasa sebelum mengambil apa-apa tindakan, jangan terburu-buru dalam setiap tindakan. Jangabn mengikut nafsu itulah sebaik-baik manusia.